KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengambil langkah pro-aktif dalam melestarikan alam sekitar dengan memasang panel sistem solar photovoltaik bagi menjana tenaga elektrik bersih di institusi pendidikannya.
Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, kerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu juga merangkumi pembangunan infrastruktur pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) bagi pengendalian dan pengurusan bas MARA Liner.
“Kerjasama ini diharapkan dapat menyokong dan memperkukuhkan lagi usaha ke arah kelestarian alam sekitar yang holistik untuk menyumbang dalam pertumbuhan industri dan ekonomi negara.
“Saya yakin berdasarkan pengalaman dan kekuatan yang ada pada kedua-dua agensi ini, skop kerjasama yang telah dipersetujui dapat dilaksanakan sebaik mungkin."
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama MARA dan TNB di ibu negara hari ini.
Perjanjian kerjasama itu ditandatangani oleh Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din.
Turut hadir, Pengerusi MARA, Datuk Seri Azizah Mohd Dun dan Pengerusi TNB, Datuk Sri Hasan Arifin.
Kerjasama itu jelas Mahdzir, sejajar dengan Polisi Tenaga Boleh Baharu Kebangsaan 2025 di bawah Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia.
Bagi projek pembangunan infrastruktur pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) bagi pengendalian dan pengurusan bas MARA Liner, satu projek rintis akan dilaksanakan di Pulau Langkawi menggunakan 4 buah bas elektrik bagi 4 laluan perkhidmatan untuk manfaat lebih 68 ribu penduduk.
MoU tersebut turut membabitkan penyediaan perkhidmatan telekomunikasi dan akses internet di premis-premis institusi pendidikan MARA oleh anak syarikat TNB, Alloy Technology Sdn Bhd.
Juga pembangunan modal insan dengan sasaran lebih 30 ribu pelajar serta pelatih dalam bidang TVET yang akan diperkasa di bawah ekosistem MARA dan TNB.
Selain itu, skop kerjasama itu juga membabitkan program keusahawanan sebagai salah satu pencapaian utamanya.
"Saya berharap akan ada lebih ramai lagi pemain-pemain industri yang akan turut bekerjasama dengan agensi-agensi di bawah KPLB dalam usaha kita menyumbang kepada pertumbuhan industri dan ekonomi negara di samping memperkukuh kelestarian alam sekitar," kata Mahdzir.
Sementara itu Pengerusi TNB, Datuk Seri Hasan Arifin berkata, pihaknya menyambut baik kerjasama yang dijalin serta menghargai komitmen MARA dan KPLB dalam agenda Tenaga Boleh Baharu (TBB) dan kelestarian alam sekitar.
“Kerjasama ini juga diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang dan manfaat kepada kedua-dua belah pihak, TNB mahupun MARA untuk meneroka prospek yang lebih luas dalam agenda peralihan sumber tenaga dan kemajuan negara."
Melalui MoU itu juga, TNB kata Hasan, bergabung tenaga dengan MARA dalam pembangunan modal insan dengan memberi nilai tambah kepada ekosistem pendidikan sedia ada untuk melahirkan bakat dan pelapis generasi masa hadapan.
Pada masa yang sama memupuk generasi usahawan yang lebih berdaya saing serta mampan dalam bidang berkenaan.
"Sebagai sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang memikul amanah menggerak kemajuan negara, TNB menyambut baik pelan RMK-12 terutama yang melibatkan industri tenaga dan kelestarian alam sekitar dengan meningkatkan komitmen terhadap agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
Kami telah pun menetapkan sasaran pelepasan karbon sifar bersih yang mendukung inisiatif negara neutral karbon menjelang tahun 2050,” katanya.
TNB jelas Hasan, telah mengumumkan langkah-langkah segera mempercepatkan pelaksanaan nyah karbon sektor tenaga yang menjadi kunci utama kejayaan Peralihan Tenaga Bertanggungjawab di bawah inisiatif TNB.
Terbaru, TNB memeterai kerjasama dengan PETRONAS dalam memacu penyelesaian inovatif ke arah nyah karbon menggunakan teknologi pembakaran hidrogen.
Kenyataan Media
Fri Aug 26 2022
Menurut Datuk Seri Mahdzir Khalid, kerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu juga merangkumi pembangunan infrastruktur pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) bagi pengendalian dan pengurusan bas MARA Liner. - Foto MARA/TNB
Malaysia, Uzbekistan boleh bekerjasama teroka bidang baharu pendigitalan, peralihan tenaga
Perdana Menteri berkata kedua-dua negara juga boleh menjalin kerjasama yang baik dalam sektor halal, perbankan dan teknologi makanan.
Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sejauh mana ancaman daripada Jemaah Islamiyah (JI) di dalam negara ketika ini, susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi.
Seludup minyak petrol, lelaki warga Thailand didenda RM10,000
Seorang lelaki warga Thailand didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping semalam selepas mengaku bersalah menyeludup minyak petrol ke negara jiran.
Imigresen Sabah terima peruntukan RM50 juta naik taraf depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia Sabah menerima peruntukan sebanyak RM50 juta pada tahun ini bagi menaik taraf semua empat depot tahanan agensi itu di negeri berkenaan.
Serangan balai polis: Bapa konstabel Ahmad Azza Fahmi reda, tak halang anak lain jadi polis
Azhar Khaiden berkata dia reda dengan kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada lapan beradik itu.
Seramai 17 atlet telah layak ke Paralimpik Paris
Seramai 17 atlet negara telah meraih tiket ke Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos hingga 8 Sept ini, kata Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.
Malaysia lihat Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam rapatkan hubungan Asia Tengah dan Asia Tenggara
Malaysia menyifatkan Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam membina hubungan rapat antara Asia Tengah dan Asia Tenggara.
10 Berita Pilihan - (17 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir galas jawatan Presiden D8, utamakan PKS dan pertumbuhan berasaskan teknologi
Mesir telah mengambil alih jawatan Presiden Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Lapan Negara Membangun (D8) untuk tempoh sehingga akhir 2025, menggantikan Bangladesh.
Kronologi serangan balai polis sejak 1980
Kronologi serangan terhadap balai polis di seluruh negara sejak 1980.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
MARA siasat guru didakwa pedofil
MARA akan membuat siasatan menyeluruh terhadap seorang guru yang didakwa terlibat kes pedofilia ke atas murid di sebuah sekolah berasrama penuh.
MARA rancang perluas TVET Tahfiz dengan perbanyakkan kursus jangka pendek
GiatMara dalam hala tuju sehingga 2030 akan memperbanyakkan program TVET Tahfiz yang dijalankan bawah konsep GVTH.
Konsep payung perlu dikembalikan - Asyraf Wajdi
Ia bagi membantu usahawan kecil untuk mempunyai kemahiran dalam menguruskan aliran wang tunai dalam perniagaan masing-masing.
Pentakrifan kategori pendapatan B40, M40, T20 bukan gambaran realiti - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata isu ini sering dibangkitkan dalam sesi libat urus dan wajar diambil kira sama ada pentakrifan kategori ini masih lagi relevan ataupun tidak.
'Kongres Ekonomi Bumiputera tidak harus dipolemik' - Asyraf Wajdi
Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) tidak harus dilihat sebagai salah satu langkah untuk menafikan hak bukan bumiputera.
Mara sedia pembiayaan untuk hantar anak, cucu peneroka Felda belajar di luar negara - Zahid
Mara akan menyediakan pembiayaan pendidikan kepada anak dan cucu peneroka Felda bagi tujuan melanjutkan pengajian ke luar negara.
MCMC bantu naik taraf jaringan internet di 342 institusi pendidikan MARA
MCMC bersetuju membantu menaik taraf jaringan rangkaian internet di 342 IPMa bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran secara digital dalam kalangan pelajar dan tenaga pengajar di institusi itu.
'Anak VIP atau VVVIP sekalipun, you touch you go' - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata pihaknya tidak akan menutup sebarang perilaku yang dilakukan pelajar termasuk anak-anak kenamaan.
Hala tuju TVET MARA perkukuh ekosistem TVET lebih mampan - Rubiah
UniKL terus mengekalkan kadar kebolehpasaran graduannya yang tinggi sebanyak 97.1 peratus berdasarkan laporan kajian pengesanan graduan dijalankan KPT.